
Assalamualaikum wrt
Persidangan Wanita Islam Antarabangsa (PERWANIS) dianjurkan oleh Wanita ISMA bagi membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan kewanitaan dan permasalahan sosial dalam kalangan Wanita Islam Antarabangsa. Isu kewanitaan dan permasalahan wanita merupakan isu sejagat yang dihadapi oleh hampir semua negara di dunia kesan daripada ketagihan pornografi, internet, vape, fesyen lolita, lari dari rumah, hamil di luar nikah dan lain-lain lagi. Penyertaan PERWANIS 2016 melibatkan perwakilan daripada negara serumpun iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Setiap wakil negara akan membentangkan masalah di tempat masing-masing dan sama-sama mencari penyelesaian melalui slot yang disediakan. Usaha kami ini dilihat sejajar dengan objektif negara Malaysia yang ingin memelihara hak dan kepentingan wanita dengan adil dan saksama tanpa unsur diskriminasi. PERWANIS 2016 bakal menampilkan pemikir wanita dari peringkat antarabangsa dengan pelbagai latar belakang pendidikan dan persatuan Islam. Hal ini menyumbang kepada percambahan minda dan meningkatkan penyertaan ramai wanita seterusnya memberi peranan yang aktif sebagai penyumbang dan penerima faedah pembangunan negara Malaysia yang kita kasihi ini.
Buat julung kalinya Persidangan Wanita Islam Antarabangsa (PERWANIS 2016) akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh: 26-27 April 2016 (Selasa dan Rabu)
Tempat: Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Masa: Selasa, 26hb, 8.30pg – 5ptg, Rabu, 27hb, 8.30pg -1ptg
- Topik-topik isu-isu semasa wanita, cabaran kepada jati diri Muslimah, pendekatan tarbiyah sebagai solusi dan perbincangan dasar serta polisi wanita negara
- Peluang berjumpa dan mendengar penceramah tempatan dan luar negara dari Aceh, Jakarta, Brunei dan Singapura yang berkaliber dan berpengalaman
Yuran untuk 2 hari RM 500
Daftar sekarang melalui >>DAFTAR_PERWANIS2016
Pembayaran yuran boleh dilakukan kepada
Kelab Serikandi Iffah
Maybank 5628 3464 3844
Emelkan gambar bukti pembayaran di wanitaisma6@gmail.com
Tarikh tutup pendaftaran: 17/4/16
PANELIS
MALAYSIA
Artikel menarik berkenaan PERWANIS2016: