Objektif

Berikut merupakan objektif kami:

1. Memantapkan kefahaman ahli & masyarakat bagi melahirkan pimpinan wanita masa depan

2. Meningkatkan kesedaran ahli & masyarakat tentang kepentingan membina keluarga yang menghayati kehidupan Islam

3. Membimbing kaum wanita menjadi individu muslimah, berketrampilan & bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara

4. Mewujudkan sebuah panel perunding dalam kalangan wanita yang pakar dalam pelbagai bidang dan isu-isu kewanitaan dan kekeluargaan

5. Meluaskan peranan dan tanggungjawab NAZIM kepada semua kanak-kanak Islam di Malaysia

Leave a Comment