Peperangan Libya mengganas di Bani Walid dan Sirte

Written by on September 17, 2011 in Berita, Berita Dunia Islam, Luar Negara - No comments

Dalam serangan ke atas kampung halaman Mediterranean Muammar Gaddafi, pejuang-pejuang yang setia kepada Majlis Peralihan Negara Libya (Libyan National Tranisitional Council) telah cuba untuk mencari jalan masuk ke pusat bandar Sirte dari tiga arah.

Sebelum membuat “pengunduran bertaktik”, pejuang-pejuang telah menyerbu Bani Walid, sebuah lagi kubu Gaddafi yang masih berbaki, dalam kempen untuk menghapuskan  penentang dari pihak rejim.

Pemimpin NTC (National Transitional Council) menyifatkan serangan itu sebagai tolakan yang dirancang untuk mengambil Sirte – sebuah bandar yang dihuni kira-kira 100,000 orang  -dari selatan, timur dan barat.

Tetapi pergerakan mereka telah terlebih dahulu dihalang oleh penembak dari kalangan pengikut setia pemimpin Libya yang digulingkan, bilamana pesawat pejuang NATO terbang di atas dan asap kelihatan dari bahagian-bahagian bandar pesisir pantai.

Sementara itu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, sedang melawat Libya pada hari Jumaat sebagai sebahagian daripada program jelajah Afrika Utara beliau.

Menurut satu kenyataan oleh Majlis Military Misrata, sekurang-kurangnya 11 pejuang NTC telah terbunuh dan 34 cedera dalam serangan ke atas Sirte.

Wartawan Al Jazeera, Hoda Abdel Hamid, yang melaporakan dari Om Gandi, 90km dari Sirte, berkata angkatan Gaddafi sedang memperkukuhkan kembali bahagian barat Harrawa ke arah Sirte.

“Maklumat terkini yang kita ada bahawa pada masa ini kedua-dua pihak bertahan dengan hebat di sekitar bandar yang dipanggil Harrawa.

“Seorang pejuang yang mendakwa keluar dari Sirte malam tadi berkata kuasa-kuasa revolusioner sedang mengawal beberapa kawasan di dalam Sirte. Tetapi keadaan cukup buruk untuk orang awam di sana, katanya. Mereka telah kehilangan segala-galanya.

“Dia mengatakan bahawa mereka telah berada di bawah pengepungan oleh tentera Gaddafi untuk sekurang-kurangnya tiga bulan.”

Satu konvoi pejuang telah bergerak dari Misrata, sebuah bandar pelabuhan, awal pada hari Khamis sebelum mereka berpisah di bandar persimpangan Abu Qurin, dan seroang komander berkata mereka akan mendekati Sirte secara catur.

“Kami membalas serangan Gaddafi. Kami diserang di Misrata dari tiga arah, dan sekarang kami akan menyerang Sirte dari tiga arah,” Fawzy Sawawy, komander Briged Mountains berkata.

Tentangan sengit

Ali Gliwan, ahli majlis ketenteraan NTC, berkata pejuang yang menyeberangi jambatan di lebuh raya utama di pintu masuk barat daya Sirte, telah berdepan dengan serangan roket dari pengikut setia Gaddafi.

Jalal el-Gallal, jurucakap bagi pemimpin-pemimpin baru Libya, berkata beribu-ribu pejuang yang terlibat, dan disokong dengan kereta kebal dan kenderaan mekanikal.

Pejuang yang mara ke pusat bandar, bertempur dengan penembak tepat yang berkurung di dalam sebuah menara pejabat yang tinggi – dan dengan ahli-ahli unit elit tentera Gaddafi yang berlindung di sebalik bariket di kediaman pemimpin di pantai, Gliwan berkata.

Beliau berkata empat pejuang dari bahagian beliau telah terbunuh dan tujuh yang lain cedera.

Walaubagaimanapun, penentuan kemasukan ke Sirte ke Sirte tidak jelas.

Minggu lepas, pejuang-pejuang mendakwa mereka telah berjuang memasuki  kubu kuat lain (pengikut setia Gadaffi), Bani Walid, yang terletak di bahagian barat Sirte, tetapi mereka dihalau balik oleh tentangan berkuasa dan pergerakan mereka telah terhalang.

Keberadaan Gaddafi kekal sebagai misteri, tetapi pengikut setia beliau memegang kedua-dua bandar, bandar Sabha dan kumpulan-kumpulan kawasan lain di tengah dan selatan Libya.

Serangan yang baru ini bermula apabila pemimpin Perancis dan British melawat ke Libya pada hari Khamis untuk mengucapkan tahniah kepada pemerintah baru Negara, lawatan pertama oleh pemimpin-pemimpin Barat sejak Gaddafi telah disingkirkan dari kuasa bulan lalu.

Jurucakap Gaddafi, Moussa Ibrahim, mengkritik lawatan bersama ke Tripoli oleh Nicolas Sarkozy dan David Cameron, serta mengatakan bantuan yang disediakan oleh kedua-dua negara untuk NTC merupakan satu muslihat “untuk mendapatkan minyak dan pelaburan Libya di bawah samaran pembinaan semula”.

 

Terjemahan daripada berita asal: Libya fighting rages in Bani Walid and Sirte

 

Original version:

In an assault on Muammar Gaddafi’s Mediterranean hometown, fighters loyal to the Libyan National Transitional Council have been trying to fight their way into the city centre of Sirte from three fronts.

Before making a “tactical withdrawal”, fighters had surged into Bani Walid, another remaining Gaddafi bastion, in a campaign to break the back of regime holdouts.

NTC leaders described the offensive as a co-ordinated push to take Sirte – a city of about 100,000 people – from the south, east and west.

But their advance was hindered by snipers among the loyalists of the toppled Libyan leader, as NATO warplanes flew overhead and smoke was seen rising from parts of the coastal city.

Meanwhile, Recep Tayyip Erdogan, the Turkish prime minister, was visiting Libya on Friday as part of his North African tour.

At least 11 NTC fighters have been killed and 34 wounded in the assualt on Sirte, according to a statement by the Misrata Military Council.

Al Jazeera’s Hoda Abdel Hamid, reporting from Om Gandi, 90km from Sirte, said Gaddafi forces are reinforcing west of Harrawa towards Sirte.

“The latest information we have is that at the moment both sides are digging their heals around a town called Harrawa.

“One fighter who claims he came out of Sirte last night says revolutionary forces are controlling some areas inside Sirte. But the situation is quite dire for civilians there, he says. They are missing absolutely everything.

“He says they have been under siege by Gaddafi forces for at least three months.”

A convoy of fighters had set out from Misrata, a port city, early on Thursday before splitting at the crossroads town of Abu Qurin, and a commander said they would approach Sirte in a pincer movement.

“We are turning the tables on Gaddafi. We were attacked in Misrata on three fronts, and now we’re going to attack Sirte on three fronts,” Fawzy Sawawy, commander of the Mountains Brigade, said.

Stiff resistance

Ali Gliwan, a member of the NTC’s military council, said fighters who crossed a major highway overpass at the southwestern entrance of Sirte, were met by rocket fire from Gaddafi loyalists.

Jalal el-Gallal, a spokesman for Libya’s new leaders, said several thousand fighters were involved, backed with tanks and mechanised vehicles.

The fighters advanced into the city centre, clashing with snipers holed up in a high-rise office tower – and with members of an elite unit of Gaddafi troops barricaded in a residence of the leader on the beach, Gliwan said.

He said four fighters on his side had been killed and seven wounded.

It was unclear how decisive the entry into Sirte was, however.

Last week, fighters claimed to have fought their way into another loyalist stronghold, Bani Walid, west of Sirte, but they were driven back by powerful resistance and their movement there has stalled.

Gaddafi’s whereabouts remain a mystery, but his loyalists hold those two cities, the city of Sabha and other pockets in central and southern Libya.

The fresh assault came as the French and British leaders travelled to Libya on Thursday to congratulate the country’s new rulers, the first visit by Western leaders since Gaddafi was ousted from power last month.

Gaddafi’s spokesman, Moussa Ibrahim, criticised the joint visit to Tripoli by Nicolas Sarkozy and David Cameron, calling the aid provided by the two countries to the NTC a ploy “to get the oil and investments of Libya under the guise of reconstruction”.

 

Leave a Comment