
Mempunyai anak yang soleh lagi cemerlang merupakan impian semua ibu bapa. Anak soleh anak cemerlang (ASAC) bukan sahaja akan menyejukkan mata ibu bapa di idunia malah memberi saham yang besar dan ganjaran hebat di akhirat kelak.
Kelahiran ASAC juga bukan berlaku secara kebetulan dan di iluar perancangan ibu bapa. Ia adalah kombinasi antara penekanan kepada pendidikan agama dan sakhsiah, pengambilan makanan yang baik dan halal, penjagaan kesihatan fizikal dan mental seterusnya kewujudan persekitaran yang memberansangkan lagi positif. Keempat-empat aspek ini menjadi faktor utama dalam melahirkan anak soleh anak cemerlang.
Satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan dalam usaha melahirkan ASAC ialah pemilihan calon isteri yang baik yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak tersebut kerana pembentukan peribadi anak-anak termasuk agamanya terletak kepada sejauhmana sang ibu itu memainkan peranannya.
Rasulullah SAW telah menekankan pentingnya pemilihan calon isteri ini melalui beberapa hadis yang telah diriwayatkan oleh para sahabat termasuklah isteri baginda Ummu Mukminin Aisyah ra.
Maksudnya; “Dari Aisyah ra. pilihlah untuk tempat air mani kamu dan nikahilah orang-orang yang sepadan” (Riwayat Ibn Majah, al-Daruqutni dan al-Hakim).
“Dari Rasulullah saw, pilihlah untuk air mani kamu kerana pembuluh darah ini merupakan sinar pancaran” (Riwayat Ibn Majah dan al-Daylami).
Dari Aisyah ra, pilihlah untuk tempat air mani kamu, sesungguhnya kaum wanita itu akan melahirkan anak menyerupai saudara lelaki dan saudara perempuannya” (Riwayat Ibn Ady dan Ibn Asakir).
Berdasarkan hadis-hadis ini, jelas menunjukkan betapa pentingnya pemilihan calon isteri yang sesuai dalam usaha untuk melahirkan ASAC. Calon isteri yang berpendidikan agama yang baik, memiliki sakhsiah diri yang mulia, mengetahui tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu sewajarnya menjadi pilihan hati kaum lelaki.
Walaupun Rasulullah meletakkan syarat pemilihan isteri kepada kecantikan, mempunyai harta, berketurunan yang baik dan mempunyai agama berada pada tempat yang paling dalam syarat pemilihan calon isteri, akan tetapi sesiapa yang mengutamakan syarat terakhir itulah yang akan bahagia di dunia dan di akhirat.
Oleh:
Ustazah Norsaleha bt Mohd Salleh
Ketua Wanita ISMA
Blog:The Sweetness of A Partnership






