Sekalung tahniah buat Prof Dr. Norbahiah Misran

Written by on May 16, 2012 in Berita, Dalam Negara - 1 Comment

Bandar Baru Bangi, 15 Mei-Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan sekalung tahniah kepada Prof. Dr. Norbahiah Misran kerana dengan rasminya pada hari ini menerima gelaran Profesor daripada  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Prof Dr. Norbahiah Misran, anak peneroka Felda  Jengka 17 ini mendapat Ijazah pertama dalam bidang ‘Electrical, Electronic & System Engineering ‘, daripada UKM pada tahun 1999 dan mendapat Ph. D dalam bidang `Communication Engineering’ daripada Queen`s University  of Belfast, United Kingdom pada tahun 2004.

Beliau memulakan kerjaya sebagai tutor di UKM pada tahun 1999 dan setelah mendapat Ph. D, beliau berkhidmat sebagai pensyarah dalam bidang rekabentuk antenna, di Fakulti Kejuruteraan UKM sejak tahun 2004 hingga sekarang.

Prof Dr. Norbahiah Misran anak ke dua daripada 11 orang adik beradik dan anak kepada pasangan Misran bin Arshad dan Hamidah Mohd Nor juga merupakan Ketua  Setiausaha Biro Wanita & Keluarga ISMA.

Ketokohan dan kecemerlangan beliau terbukti dengan penganugerahan Anugerah Fizik Malaysia, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Penyelidik Muda sebelum ini.

Isteri kepada En. Mohammad Nor Sazelim bin Mohamad,penyokong utama kejayaannya serta ibu kepada dua orang anak ini gemar membaca.

Wanita ISMA berharap dengan penganugerahaan ini mampu menjadi perangsang kepada semua wanita untuk lebih tekun dan bersungguh-sungguh dalam meraih kejayaan dalam kerjaya mahupun dakwah.

Tahniah sekali lagi dan semoga Prof Dr. Norbahiah Misran terus sukses dalam menyumbang kepada kejayaan ummah.

 
Oleh,
Media Wanita ISMA

One Comment on "Sekalung tahniah buat Prof Dr. Norbahiah Misran"

  1. bahiah May 16, 2012 at 9:17 am · Reply

    terima kasih di atas penghargaan.

Leave a Comment