SHAH ALAM, 21 April – Selaras dengan hasrat murni Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) untuk melahirkan 100,000 anak soleh tahun ini, ISMA Shah Alam menyahut seruan tersebut dengan menganjurkan Seminar Anak Soleh Anak Cemerlang (ASAC) di Dewan Auditorium CIAST Seksyen 19 Shah Alam.
“11% anak yang dilahirkan di Malaysia merupakan anak tidak dah taraf” ujar Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin, dekan IMU Seremban yang menjadi pembentang kertas kerja pertama program.
“Situasi sosial di negara kita yang begitu meruncing menjadikan pendidikan anak-anak sepatutnya diletakkan di antara agenda utama sesebuah keluarga”, tegas beliau.

“Saya hidup mudah walaupun setelah menjadi pakar perunding. Kereta baru pertama yang saya beli hanya sebuah MyVi. Saya membelanjakan RM3000-RM4000 sebulan untuk pendidikan anak-anak saya sahaja,” tambah beliau.
Prof Madya Dr Zainur Rashid memiliki 6 cahaya mata, seorang sudah melanjutkan pelajaran di Jordan manakala seorang lagi sedang mengambil sijil STAM.
Slot kedua membawa seorang lagi doktor pakar iaitu Dr Nor’Izam Md Alias. Beliau berkongsi tentang bagaimana psikologi anak – anak dan cara menggunakan ilmu tersebut dalam mendidik dan memahami anak-anak.
Slot forum yang dikendalikan oleh Cikgu Nazre Rashid dari UPSI membawakan Pn Wati dari Genius Baby On Board, Ustazah Norlida Kamaruddin dan En Selamat bin Talib.
Ketiga –tiga ahli panel berkongsi pengalaman mereka dalam mendidik anak-anak. Latar belakang mereka yang berbeza memeriahkan lagi suasana.
Besar harapan pihak penganjur supaya masyarakat Shah Alam lebih teliti dalam mendidik anak – anak mereka yang akn menjadi pemimpin pada masa akan datang.
Sumber: ISMA Shah Alam





