
Remaja adalah fasa ‘taklif’ di mana mereka akan mula dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan yang mereka lakukan. Setiap tindakan, percakapan, ibadah solat dan puasa, semuanya akan terhitung atas diri remaja tersebut, tambah beliau.
Namun, remaja zaman kini lebih suka menjadikan Justin Bieber dan Selena Gomez sebagai idola mereka.
Malah, permainan mereka, tingkah laku, dan percakapan tidak lagi sama seperti remaja dahulu.
Sebagai seorang bapa, Ustaz Mohamad menyarankan para bapa agar mengambil peranan dalam memenuhi keperluan anak remaja perempuan yang fitrahnya cenderung untuk mengenali lelaki.
“Islam menyuruh kita untuk berbuat baik dengan remaja kerana hati mereka masih lembut untuk menerima pendidikan.” jelas beliau.
“Pada peringkat permulaan dakwah Rasulullah, yang menerima semuanya lebih muda daripada baginda SAW sedang yang lebih tua seperti Abu Jahal dan Abu Lahab semuanya menentang Rasulullah.”
“Saidina Ali, contoh remaja terhebat pada zaman Rasulullah, sanggup menggantikan tempat tidur Rasulullah ketika peristiwa hijrah dan hampir-hampir dibunuh sedangkan pada ketika itu, umurnya belum masuk 20 tahun.” tambahnya lagi.
Sumber: ISMA DHL





