ISAC ISMA Sarawak di dalam Utusan Borneo

Written by on April 26, 2012 in Aktiviti, ASAC, Kawasan, Petikan berita - No comments

KUCHING, 24 April-Seminar Ibubapa Soleh Anak Cemerlang (ISAC) Sarawak telah mendapat liputan Utusan Borneo apabila berita mengenainya telah diterbitkan pada hari ini, beritahu Ustazah Hasmida Hassan, Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Sarawak.

Berita ini telah memetik kata-kata daripada Dr Abdul Rahman Junaidi, di mana beliau berkata program seperti ini perlu diperbanyakkan lagi dalam mengukuhkan institusi keluarga Islam di Sarawak.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai, berkata demikian ketika berucap di Majlis penutup seminar ISAC anjuran Biro Wanita & Keluarga ISMA Cawangan Sarawak yang diadakan pada 22 April lalu bertempat di Dewan Hikmah Petra Jaya.

Tambah beliau lagi, masyarakat Islam boleh seiring dengan masyarakat lain dengan adanya institusi keluarga yang mantap.

Didikan agama yang cukup daripada ibubapa yang soleh dapat membendung masalah keruntuhan moral dikalangan belia daripada diwarisi generasi akan datang, katanya menurut petikan berita itu.

Ilmu bekalan dunia dan akhirat perlu diberikan kepada anak-anak dalam menjadikan mereka pemimpin dan merealisasikan harapan negara di masa hadapan, ujarnya lagi.

Dalam petikan berita yang sama, Ustazah Hasmida menyatakan harapannya supaya lebih banyak golongan Islam di negeri ini mendaftarkan anak-anak mereka mengikuti program jati diri kelolaan ISMA.

Ustazah Hasmida juga melaporkan, kehadiran peserta di seminar ini hampir mencecah 250 orang dan 70 % daripadanya adalah masyarakat umum.

Tambahnya lagi, seminar ini mendapat kerjasama dan sumbangan daripada Dewan Bandaraya Kuching (DBKU), Dakwah Harakah Islamiah (HIKMAH) dan Cats FM.

“Promosi saat-saat akhir melalui radio Cats FM, email, edaran flyers dan SMS membantu menambahkan bilangan pendaftaran ketika di hari kejadian”, ujarnya.

Seminar ini telah menampilkan penceramah jemputan Ustazah Norsaleha Mohd Salleh, Ketua Wanita ISMA, Ustaz Sarip Abdul, YDP ISMA Sabah dan Puan Shazamawati Zam Hashari, Pakar Pemakanan.

Leave a Comment