Petua masakan sepantas kilat! (Bahagian 1)


Bagi wanita-wanita bekerjaya, anda sering kali terasa tiada masa untuk memasak? Terlalu letih dengan kerja seharian di pejabat? Terlalu sibuk melayan kerenah anak-anak sehingga tiada masa ke dapur? WanitaISMA.net menampilkan petua terkini daripada pengalaman-pengalaman ahli-ahli aktivis ISMA yang berjaya mengoptimumkan masa mereka di dapur.

Petua 1) Resepi: Ayam Masak lemak cili api
-blend kunyit, cili api dan garam (bahan A)
-masukkan ayam, bahan A, serai, santan dan kentang (serentak semua)

Kacau sampai ayam empuk, siap dlm 30 minit insyaAllah :)

Pn. Aishah bt Md Ali, ISMA DHL

Petua 2)
Sekembali dari pasar, kena siang semua ayam, ikan, daging dan sebagainya dan bahagikan dalam plastik2 kecil untuk satu kali makan. Supaya bila nak masak keluarkan satu plastik kecil itu sahaja. Maka apabila nak masak lauk-pauk yg mudah seperti kari, kurma, sup, kicap atau sambal, hanya perlu potong bawang sahaja. Kalau sayur mudah nak masukkan kerana cepat disiang tiada masalah.

Sejak saya mengamalkan rutin di atas, masa memasak saya telah berjaya dikurangkan kepada kurang 30 minit sekali memasak. Sebagai kesimpulan saya memasak setiap hari sungguhpun sampai rumah lewat (7 mlm atau lebih) setiap hari. Makan malam sebelum pukul 8 malam dah siap. Dah buat dekat 6 bulan juga. Sebelum ni setiap hari beli makanan. Tak sihat banyak ajinomoto.

Pn. Raja Rina bt Raja Ikram, ISMA N9

Tunggu Bahagian 2!

Leave a Comment