Kempen Menutup Aurat 2012: Apa kata mereka?

“Baguslah! Dapat tarik golongan yang kurang atau tidak menutup aurat. Sekurang-kurangnya mereka sedar bahawa menutup aurat itu wajib dan mereka ada keinginan untuk menutup aurat.”
(Siti Aishah Abdul Rahim, 26, bekas pelajar UPM)

“Lets encourage people around us (example officemates) untuk tutup aurat sempena kempen tutup aurat ni….it’s a good start.”
(Aini Hayati Abdul Rahim, 27, Doktor Gigi, ISMA Shah Alam)

“Bagus utk mengingatkan kaum hawa yg ambik mudah tentang perkara ini.”
(Isma Athirah, 17, pelajar sekolah STUDI, Muar)

“Perkataan kempen tu tak sesuai. Kempen tu lebih kepada kita buat waktu berkempen sahaja, bukan pada tiap masa. Kalau ‘Mari Menutup Aurat’ pun nampak lebih mesra dan dekat. Cari pendekatan yg sesuai dgn student di situ. Contoh pendekatan lebih mesra seperti adakan bengkel fesyen tudung, untuk dedahkan pada mereka, walaupun bertudung menutup dada tapi masih boleh bergaya. Cuba tekankan kepada yang sudah menutup aurat tapi masih tidak sempurna dengan yang tidak menutup aurat, biar ada kesan walaupun sedikit.”
(Afiah Nasuha, 21, pelajar UKM)

“Elok la macam itu, untuk menggalakkan dan buka minda kenapa kita disuruh tutup aurat. Maknanya, kalau buat kempen kita kena ada modul kesedaran kenapa tutup aurat.”
(Alwani Mohd Kassim, 33, ahli perniagaan)

Leave a Comment