Ketagihan Pornografi, Di Mana Silapnya?

Written by on March 11, 2018 in Aktiviti, Beliawanis, Biro Wanita, Dalam Negara, Isu Semasa, Kawasan, Koleksi Masalah Sosial di Malaysia, Program & Projek Anjuran - Comments Off on Ketagihan Pornografi, Di Mana Silapnya?

 

photo_2018-03-11_23-36-05

DUNGUN, 10 Mac- Sebanyak 43% pengguna internet akan melayari laman web lucah di mana 1 daripada 3 lelaki adalah pengguna daripada kaum wanita.

Kebimbangan terhadap ketagihan pornografi yang semakin membarah pada masa kini, termasuk dikalangan kaum wanita ini telah disuarakan oleh Dr Nur Akmal Ismail ketika menyampaikan perkongsian mengenai ‘Bahaya Pornografi’ di program Tea Talk for Ladies di Taman Tasik Tanjung Sura, Dungun hari ini.

Menurut beliau, ketagihan pornografi ini sama seperti ketagihan dadah dan arak.

“Pendedahan terhadap bahan pornografi pada awalnya menyebabkan perembesan dopamine, hormon yang berfungsi atas ransangan emosi, daya ingatan, rasa seronok dan kognitif.

“Jika pendedahan pornografi diteruskan, permintaan otak terhadap dopamine semakin besar untuk mempertahankan rasa seronok itu, maka di sini berlakulah ketagihan terhadap pornografi.

“Ketagihan ‘seronok’ yang sementara ini menyebabkan seseorang itu akan merasa resah, degupannya laju, dan akan menjadi tidak keruan apabila gagal mendapatkan bahan porno untuk memenuhi permintaan dopamine yang sedia tinggi di dalam otak”, jelas beliau yang merupakan Pegawai Perubatan dan Kesihatan daerah Dungun.

Tambah beliau lagi, insan yang terlibat dengan pornografi ini akan berperang dengan dua dunia iaitu dunia sebenarnya dan juga dunia fantasi ciptaannya.

“Dia akan mula menipu manusia di sekelilingnya untuk menyembunyi keburukan dan keseronokan palsu dunia ciptaannya itu,” terang Dr Nur Akmal Ismail.

photo_2018-03-10_21-53-57

Program Tea Talk for Ladies 2018 yang bertemakan ‘Bahaya Pornografi’ ini merupakan program anjuran Wanita ISMA yang bercorak perkongsian santai yang mengumpulkan wanita-wanita di setiap lapisan umur agar menyedari bahaya pornografi kepada individu, keluarga dan masyarakat jika tidak dirawat bersama-sama.

Comments are closed.