Pendakwah dari Wanita Isma Bersedia Menghadapi Cabaran Dakwah Semasa

Written by on October 26, 2017 in Aktiviti, Berita, Organisasi, Pusat, Tarbiyyah Wanita - Comments Off on Pendakwah dari Wanita Isma Bersedia Menghadapi Cabaran Dakwah Semasa

 

 

IMG_20171025_183208

 

BANGI, 30 September – Dakwah yang ingin disampaikan melalui program usrah wanita di semua cawangan ISMA seluruh Malaysia adalah bagi memenuhi perintah Allah Allah yang dipetik daripada surah at-Taubah ayat ke-71 yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang dari berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan solat dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”

Dakwah adalah wajib disampaikan oleh lelaki mahupun wanita muslimah terutamanya yang mempunyai latar belakang pendidikan agama. Namun, seorang wanita muslimah yang telah berumahtangga perlulah mengikut prinsip yang telah digariskan oleh Islam iaitu keutamaan dalam mengurus rumahtangga berbanding urusan lain.

Berikut penjelasan pengarah program ‘Training for Trainers’ atau ToT semalam iaitu Ustazah Zakiah Abdul Rahman.

Program ToT ini bertujuan untuk memberi kefahaman fiqh dakwah kepada para penyampai atau penceramah dalam Usrah Wanita supaya mereka mengetahui bahawa masyarakat yang ingin diseru kepada kebaikan terdiri daripada pelbagai golongan seperti orang bukan Islam, orang Islam yang tidak mengamalkan Islam, orang Islam yang bergelumang dengan maksiat dan macam-macam lagi.

Oleh itu, golongan ini perlulah didekati bukan sekadar di masjid atau surau sahaja, tapi perlulah secara berhikmah melalui medium lain seperti melalui penulisan dan penyampaian secara santai.

“Kita sudah biasa melihat ustaz atau ustazah yang hanya berbuat amar makruf, namun hanya sebilangan kecil sahaja yang menyatakan dengan tegas perkara yang munkar. Isu-isu semasa seperti LGBT, OBOR, pesta arak, Octoberfest, kristianisasi dan sebagainya haruslah didedahkan kepada masyarakat kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.”

Oleh itu, Wanita ISMA bertekad untuk melawan arus dalam menyatakan kebenaran walaupun ia bakal menyinggung hati mana-mana pihak yang benci dengan keberanian kita.

Program yang diadakan ini berjaya mengumpulkan para pendakwah yang berbeza generasi dan latar belakang kerana ada yang mempunyai latar belakang sebagai guru, doktor, jurutera dan sebagainya.

Comments are closed.