Wanita Isma Kuantan Edar Sumbangan Buat Ibu Tunggal

Written by on June 12, 2017 in Aktiviti, Berita, Kawasan, Ramadhan, Special Edition - Comments Off on Wanita Isma Kuantan Edar Sumbangan Buat Ibu Tunggal

34

Kuantan, 5 Jun – “Ziarah kita bukan sekadar membawa sedikit buah tangan tetapi juga memberi harapan baru dan sokongan bahawa kehidupan harus diteruskan dalam apa jua keadaan sekalipun” ujar Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Kuantan, Ustazah Norhayati Ahmad Salleh.

Antara kisah ketabahan ibu tunggal yang harus diteladani oleh masyarakat adalah kisah mengenai ibu Samiah Abd Rahman yang kini menyara 4 orang anaknya dan seorang kakak OKU dengan bekerja di kedai ikan masin yang berdekatan.

Manakala, insan seterusnya merupakan seorang ibu muda yang gigih bekerja dengan mencuci rumah setiap hari dengan kadar upah yang rendah untuk menyara 4 orang anaknya. Pengorbanan ibu muda ini wajar mendapat pujian dan dicontohi oleh mereka yang mempunyai nasib yang kurang baik diluar sana. Ibu muda ini telah membuktikan bahawa punca rezeki harus dicari tanpa rasa putus asa.

Selain daripada itu, Wanita Isma Kuantan turut bersimpati dan prihatin terhadap seorang lagi ibu tunggal yang menghidap penyakit kanser lidah iaitu Puan Wan Zainab Wan Ahmad berusia 71 tahun.

Mereka seterusnya menziarahi seorang lagi ibu tunggal iaitu Puan Yusmira Saurin yang menyara 7 orang anak. Beliau merupakan isteri kepada Allahyarham Ghazali, salah seorang aktivis Isma yang aktif suatu ketika dahulu.

Maiā€™dah ramadan yang julung kalinya diadakan di peringkat cawangan ini mensasarkan bantuan terhadap golongan ibu tunggal serta mengambil keberkatan bulan Ramadan dengan menyantuni golongan yang kurang bernasib baik. Program ini ternyata dapat menyuntik kegembiraan mereka. Wanita Isma turut mengajak masyarakat untuk berkongsi rezeki yang ada bersama mereka yang lebih memerlukan.

Wanita Isma Kuantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang sempena Mai’dah Ramadhan bagi tahun 1438H dan mengharapkan usaha ini berterusan hingga ke tahun berikutnya.

 

Comments are closed.