Wanita Isma Mempersiapkan Diri Menghadapi Cabaran

Written by on May 1, 2017 in Aktiviti, Bengkel, Pusat - Comments Off on Wanita Isma Mempersiapkan Diri Menghadapi Cabaran

 

wanita2isma

Barisan Kepimpinan Wanita Isma yang hadir ke Bengkel Pentadbiran Organisasi Wanita Isma.

BANGI, 29 April – Setiap individu dalam kepimpinan Wanita Isma haruslah sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi cabaran berhadapan dengan masyarakat sekeliling yang kurang keinginan untuk datang ke program-program ilmiah.

Oleh itu, Bengkel Pentadbiran Organisasi yang diadakan hari ini diharapkan dapat menjadi rujukan oleh kepimpinan Wanita Isma dengan bimbingan daripada seorang pakar yang berpengalaman luas dalam kemahiran pengurusan organisasi yang tersusun dan sistematik.

Begitu jelas Dr. Norzila Baharin selaku pengarah program ini yang dikendalikan oleh Puan Fatimah Abu Bakar, seorang ahli akademik dalam komunikasi dan kepimpinan sejak 35 tahun lalu dan selalu diundang sebagai coach dan trainer bengkel di dalam dan luar negara seperti program khusus untuk pengurus operasi Petronas Mesir dan operasi Turkmenistan.

Isma perlu kekal relevan sebagai organisasi masa depan yang mampu memikul tanggungjawab perubahan.

Cita-cita ini akan menjadi kenyataan sekiranya organisasi Isma berjaya menarik perhatian dan menyedarkan masyarakat tentang pentingnya untuk mengembalikan kedudukan Islam dan mengamalkan ajaran Islam yang syumul kepada masyarakat.

“Masih ramai orang Melayu muslim yang bersikap rendah diri dan hanya menunggu arahan baru bertindak. Kita harus memberikan persepsi yang positif kepada orang sekeliling kita supaya kita disenangi oleh masyarakat.

“Ahli Isma haruslah menyerlahkan potensi diri sebagai pemimpin di kalangan ahli Isma dan dalam masyarakat itu sendiri,” tegas beliau lagi.

Dr. Norsaleha Mohd Salleh selaku Ketua Wanita Isma, sangat mengharapkan semoga ilmu yang diperoleh daripada bengkel ini dapat disampaikan kepada penggerak Isma dari agensi lain seperti PEMBINA, NAZIM, KRIM dan sebagainya apabila kembali ke cawangan masing-masing kelak.

“Isma memerlukan kesepakatan penggerak-penggerak dakwah dari seluruh Malaysia untuk sama-sama menjayakan agenda Isma dalam menaikkan Islam dan jatidiri orang Melayu. Oleh itu, kita haruslah saling membantu antara satu sama lain dan rapatkan ukhuwah sesama kita.”

Comments are closed.