Meraih Pahala Berganda Dengan Menjadi Isteri Solehah

Written by on April 27, 2017 in Aktiviti, Kawasan, Usrah Wanita - Comments Off on Meraih Pahala Berganda Dengan Menjadi Isteri Solehah

852112316_78793

BANGI, 19 Feb – Wanita muslimah haruslah bijak menyusun dan mengurus masa untuk keluarga tanpa mengabaikan kewajipan sebagai hamba Allah kerana terdapat pahala yang banyak dalam menunaikan kewajipan sebagai isteri dan ibu.

Begitu jelas Ustazah Mahfudzah Zulemly yang juga merupakan AJK Tarbiah ISMA ketika menyampaikan Usrah Wanita di Surau al-Hidayah yang terletak di apartmen Greenvilla, Sungai Tangkas, Kajang.

“Wanita hanya wajib mengeluarkan zakat seperti emas dan harta milik persendirian sahaja apabila cukup haul dan nisob sedangkan lelaki wajib keluarkan zakat harta dan ditambah pula dengan nafkah kepada isteri dan keluarga”.

Beliau juga turut mengatakan bahawa bulan puasa adalah masa terbaik untuk para wanita mengaut pahala yang sangat banyak.

“Wanita yang menyediakan makanan kepada orang yang berbuka puasa akan mendapat pahala setiap kebajikan orang berpuasa yang dia berikan makanan untuk berbuka. Ditambah pula jika makanan itu disedekahkan kepada pihak masjid atau kepada jiran tetangga. Maka, berlipat ganda pahala yang dikaut oleh wanita pada hari itu sahaja”.

“Mengejutkan ahli keluarga untuk bangun sahur adalah satu perbuatan yang mendapat pahala yang besar di sisi Allah kerana ia adalah satu perbuatan sunat yang sangat digalakkan dan amat rugi jika ditinggalkan”.

Ustazah Mahfudzah mengakhiri Usrah Wanita yang bertajuk Keperibadian Wanita Muslimah dengan mengajak wanita untuk istiqamah beribadah kepada Allah di samping melaksanakan tanggungjawab sebagai wanita sama ada di rumah atau di tempat kerja.

Usrah Wanita yang diadakan secara berkala ini menarik minat wanita dari pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak sehingga wanita dewasa dan berusia.

Comments are closed.