Rukhsah di bulan Ramadhan

Written by on March 20, 2017 in Aktiviti, Kawasan, Usrah Wanita - Comments Off on Rukhsah di bulan Ramadhan

BANGI, 19 Mac – Bolehnya seorang suami bersama dengan isterinya di malam hari bulan Ramadhan adalah satu rukhsah (keringanan) dari Allah kepada kaum muslimin. Allah sebagai satu-satunya Pencipta manusia, mengetahui fitrah dan keinginan makhluknya dan telah menyediakan panduan yang sesuai dengan fitrah tersebut.

Begitu jelas Ustazah Nur Fatin Halil ketika menerangkan ayat 187 dari Surah al-Baqarah semasa program Usrah Wanita di Surau Nur Bangi Idaman pagi semalam.

Sebelum turunnya ayat ini, diharamkan ke atas kaum muslimin untuk bersama dengan isterinya dan juga makan minum jika telah selesai solat Isyak sehingga malam hari berikutnya.

 

Sebahagian hadirin yang hadir semasa program Usrah Wanita di Surau Nur Bangi Idaman.

Sebahagian hadirin yang hadir semasa program Usrah Wanita di Surau Nur Bangi Idaman.

Ustazah Nur Fatin Halil menerangkan ayat 187 dari Surah al-Baqarah kepada para hadirin.

Ustazah Nur Fatin Halil menjelaskan ayat 187 dari Surah al-Baqarah kepada para hadirin.

 

Selain rukhsah ini, Ustazah juga menjelaskan mengenai
-Mandi wajib di bulan Ramadhan
-Mengqadha puasa bagi wanita mengandung dan menyusukan anak dan
-Bercium di siang hari bulan Ramadhan.

Usrah wanita ini diakhiri dengan sesi soal jawab antara Ustazah Nur Fatin Halil dan hadirin.

Comments are closed.