Hukuman Jenayah Syariah Menurut Surah Al-Baqarah dan Pemerkasaan RUU 355

Written by on March 11, 2017 in Aktiviti, Usrah Wanita - Comments Off on Hukuman Jenayah Syariah Menurut Surah Al-Baqarah dan Pemerkasaan RUU 355

image

BANGI, Ahad – “Dalam hukuman qisas terdapat hikmah bagi kelangsungan hidup manusia,” ulas Ustazah Nur Fatin Halil, ahli Majlis Ulama Isma (MUIS) sewaktu menyampaikan ceramah dalam siri Usrah Wanita bertajuk ‘Tafsiran ayat 178 dan 179 Surah Al-Baqarah’ di Surau Nur Idaman, Bangi di sini, pagi ini.

“Kelangsungan hidup manusia hasil perlaksanaan hukum qisas ini bermaksud manusia akan takut melakukan jenayah berkenaan apabila memikirkan hukuman yang bakal dikenakan jika jenayah tersebut dilakukan,” lanjut beliau lagi.

Ustazah Nur Fatin dalam syarahannya mengupas berkenaan hukuman jenayah dalam Islam menurut dua ayat tersebut Al-Quran tersebut sambil menyifatkan bahawa isu pemerkasaan Akta Mahkamah Syarikah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 baru-baru ini perlu difahami dengan lebih mendalam kerana perkara ini menggambarkan sejauh mana masyarakat Islam Malaysia cuba melaksanakan hukum yang termaktub dalam Al-Quran.

“Hukuman jenayah syariah di Malaysia juga terlalu ringan, jauh berbeza dengan hukum syariah sebenarnya menyebabkan kesalahan yang sama boleh diulang si pelaku tanpa sebarang rasa takut,” tambah Ustazah Nur Fatin.
Usrah Wanita ini merupakan siri Usrah Wanita anjuran Biro Wanita Isma cawangan Hulu Langat yang dianjurkan setiap bulan bagi sama-sama mengajak masyarakat Islam daerah ini memahami dan melaksanakan syariat Islam dalam kehidupan sehari-hari.

Majlis ilmu ini dihadiri hampir 30 penduduk Pangsapuri Bangi Idaman dari kalangan wanita dan anak-anak yang kebanyakannya adalah peserta setia Usrah Wanita.

image

Comments are closed.