Tahun 2017, Media Wanita Isma akan lebih aktif

Written by on February 14, 2017 in Aktiviti, Pusat - Comments Off on Tahun 2017, Media Wanita Isma akan lebih aktif

JK Wanita & media

BANDAR BARU BANGI, 12 Feb-Tahun 2017, Media Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) akan lebih gencar mempromosi dan melaporkan setiap aktiviti anjuran Wanita Isma, kata Ustazah Suriani Sudi, Ketua Media Wanita Isma.

“Keberlangsungkan Media Wanita Isma bergantung kepada gerak kerja yang tersusun dan sentiasa melatih generasi pelapis untuk mewarisi gerak kerja yang efisien” ujar Ustazah Suriani ketika sesi ramah mesra Media bersama Ketua Wanita Isma dan semua ketua wanita cawangan Isma di seluruh negara yang berlangsung di sini semalam.

Antara aktiviti utama Wanita Isma bersama masyarakat adalah seperti Usrah wanita, seminar Fiqh Wanita dan Kempen Muliamu Wanita.

Manakala, kempen Muliamu Wanita anjuran Wanita Isma terdiri daripada Kempen Jom Tutup Aurat, Kempen Gaya Hidup Sihat dan Kempen Keselamatan Wanita.

Menurut Dr Norsaleha Mohd Salleh, Ketua Wanita Isma, kempen-kempen seperti ini diadakan bagi menunjukkan kepentingan memelihara maruah wanita dalam melahirkan sebuah masyarakat yang beriman dan berakhlak mulia.

 

 

 

 

Comments are closed.