Rancang kehadiran Ramadhan dengan bijak

Written by on June 1, 2016 in Aktiviti, Kawasan, Uncategorized, Usrah Wanita - Comments Off on Rancang kehadiran Ramadhan dengan bijak

Ustazah Mardhiyyah Zamani

KUANTAN, 1 Jun – “Saya menyeru kepada semua kaum wanita dan ibu khususnya untuk mengurus dan merancang kehadiran Ramadhan dengan bijak agar matlamat Ramadhan yang digariskan oleh Allah s.w.t  tercapai.” ujar Timbalan Ketua Wanita Isma Kuantan, Ustazah Mardhiyyah Zamani pada program Usrah Wanita di Surau ar-Ridhuan, Permatang Badak, Kuantan, baru-baru ini.

“Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 30 hari untuk menjadikan sesuatu sebagai kebiasaan atau tabiat dan jadinya, bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tepat.

“Keazaman kita bukan sekadar memasang impian untuk menambah tabiat hidup yang baik tetapi juga sebagai peluang untuk menghakis tabiat buruk seperti sifat marah,” ulas beliau.

Ustazah Mardhiyyah seterusnya membawa hadirin merenung hikmah kehadiran bulan Ramadhan sebagai bulan tarbiyah atau bulan pendidikan.

“Wanita sememangnya mudah untuk bangun awal pagi bagi mempersiapkan juadah sahur untuk keluarga. Maka, laksanakanlah solat dua rakaat sebelum itu sebagai ibadah tambahan yang dimuliakan oleh Allah,” katanya.

Hadirin diperingatkan agar kehadiran bulan Syawal nanti tidak memusnahkan ibadah-ibadah dan kejayaan yang telah dibina sebulan lamanya begitu sahaja.

“Kita tidak mahu di hari lebaran nanti, kita semudah-mudahnya kembali kepada keaadan awal dahulu supaya tidak menjadi insan yang rugi,” tambah Ustazah Mardhiyyah.

Turut hadir bersama dalam Usrah Wanita sempena Ramadhan yang akan hadir tidak lama lagi ini adalah Ketua Wanita Isma Kuantan, Ustazah Norhayati A. Salleh untuk merasmikan Kempen ‘Jom Tutup Aurat’ sepanjang bulan Ramadhan ini.

Ustazah Mardhiyyah Zamani_UW

photo_2016-06-01_16-44-02

Oleh,

Hazwani Liana Abbas

Comments are closed.