Turunkan berat badan berlebihan dengan hanya 7000 langkah

Written by on April 26, 2016 in Aktiviti, Kawasan, Usrah Wanita - Comments Off on Turunkan berat badan berlebihan dengan hanya 7000 langkah

photo_2016-04-26_12-44-38KUANTAN, 24 April – Buat julung kalinya Usrah Wanita Isma Kuantan menjayakan Kempen Gaya Hidup Sihat (KGHS) di Taman Bandar Indera Mahkota (IM) Kuantan hari ini.

Kempen ini dimulakan dengan aktiviti berjalan kaki 7000 langkah di lorong pejalan kaki mengelilingi tasik taman bandar.

Puan Rosazura selaku jurulatih fizikal Wanita Isma Kuantan memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai teknik-teknik berjalan kaki yang betul.

photo_2016-04-26_12-45-03

“Antara teknik berjalan kaki yang boleh kita lakukan antaranya adalah menggunakan tumit kaki, hujung kaki, tapak kaki, jalan mencapah dan jalan ‘cat walk’ ” ujar Puan Rosazura yang juga merupakan Setiausaha Kelab Remaja Isma (KRIM).

Dr Rashidah, ahli jawatankuasa penerbitan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) cawangan Pahang, yang turut sama hadir, mengingatkan para peserta untuk menimbang berat badan sebelum melakukan aktiviti berjalan kaki ini.

photo_2016-04-26_12-44-49

Respon baik disambut oleh salah seorang peserta, Puan Khadzijah binti Mohamad berusia 54 tahun.

Menurutnya, “Ternyata kaedah yang disarankan itu sangat bagus, berat saya turun 1.5 kg”

Puan Khadzijah menyatakan harapannya agar generasi muda memandang serius mengenai isu kesihatan ini kerana ia bermanfaat kepada diri terutamanya dalam menyelesaikan amanah dan tanggugjawab yang banyak serta dapat bermanfaat kepada orang lain.

Menurut Dr Rashidah, selain mengamalkn aktiviti sihat ini, wanita harus mengubah tabiat cara makan kepada yang betul dan mengambil pemakanan yang sihat.

Tambah beliau, “Untuk itu, ibu-ibu perlu dididik terlebih dahulu contohnya dengan menganjurkan program khusus mengenai gaya hidup sihat ini kepada mereka”

photo_2016-04-26_12-44-57

KGHS ini diteruskan lagi dengan aktiviti edaran flyers bagi menyebarkan kefahaman dan menyuntik semangat cintakan kesihatan kepada masyarat di sekitar kawasan ini sehingga jam 11 pagi.

Ahli wanita yang hadir sempat mendengar tazkirah ringkas mengenai salah satu daripada 10 ciri peribadi muslim yang harus dicapai oleh setiap individu muslim iaitu ‘Qawiyyul Jismi’ yang bermaksud ‘Sihat tubuh badan’ yang telah disampaikan oleh Ustazah Norhayati A. Salleh, Ketua Wanita Isma Cawangan Kuantan

Comments are closed.