Ibu bapa disaran tidak letak mahar tinggi untuk anak perempuan

Written by on April 21, 2016 in Perkahwinan & Isu Rumahtangga, Seminar Fiqh Wanita, Tokoh - Comments Off on Ibu bapa disaran tidak letak mahar tinggi untuk anak perempuan

Dr NorsalehaPAROI, Selasa – Ibu bapa disaran mempermudahkan urusan anak-anak untuk mendirikan rumahtangga.

Bercakap perkara itu, Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Norsaleha Mohd Salleh berkata, anak-anak khususnya perempuan perlu dibantu urusan mereka sekiranya mereka mahu berkahwin.

Maksud dipermudahkan itu katanya, ibu bapa dinasihatkan untuk tidak meletakkan mahar yang tinggi.

“Jangan letak mahar yang tinggi. Zaman sekarang ibu bapa dilihat berebut untuk letak mahar tinggi.

“Ada yang ikut tahap pengajian tinggi. Lagi belajar tinggi, lagi tinggi maharnya sehingga mencecah belasan ribu.

“Sepatutnya ikut kemampuan. Sebab yang kita nak ialah kebahagiaan anak-anak dan keberkatan Allah,” katanya di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan bertajuk ‘Hak-Hak Wanita Dalam Rumahtangga di Seminar Fiqh Wanita & Perkahwinan ‘Bagaimana Mencari Bahagia’.

Sebelum ini menjadi viral mengenai kisah dua keluarga pengantin yang bergaduh di Masjid Jamek Al-Khadijah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur gara-gara kegagalan pengantin lelaki menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

Oleh Siti Fatimah Ishak
Wartawan ismaweb.net

Sumber: ismaweb.net

Comments are closed.