KENYATAAN RASMI WANITA ISMA MENGENAI ISU ROKOK DAN VAPE

Written by on November 6, 2015 in Isu Semasa, Kenyataan Media - 1 Comment

Wanita ISMA meletakkan kesejahteraan wanita, kanak-kanak, keluarga dan masyarakat sebagai agenda utama perjuangan.

Budaya merokok dan vaping yang semakin menular di sekolah dan pusat pendidikan mendatangkan kesan sosial yang ketara dari sudut budaya yang melekakan, ketagihan, pembaziran dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa. Begitu juga kaum wanita yang boleh dilihat hilang nilai kewanitaannya akibat merokok dan vaping.
Islam adalah agama yang diturunkan untuk menjaga nyawa, harta, akal, keturunan dan maruah ummat.

Sehubungan dengan itu, Wanita ISMA menolak dan membantah sebarang usaha yang mengharuskan dan menggalakkan budaya merokok dan vaping yang dilihat boleh mengancam kesihatan dan nyawa, malah membazirkan duit itu sendiri.

Budaya merokok mempunyai komplikasi kesihatan yang besar seperti penyakit barah dan penyakit paru-paru kronik obstruktif atau COPD.

Manakala vape dan e-cigarette pula, mengandungi bahan-bahan kimia seperti nikotin yang menyebabkan ketagihan dan gangguan saraf otak, serta propylene glycol dan formaldehyde yang mengganggu sistem pertahanan paru-paru.
Kesan vaping, telah dikesan melalui kajian haiwan di makmal. Walaupun kesannya ke atas manusia masih di peringkat kajian, pengaruh ini sebagai gaya hidup yang “cool” dan “trendy” telah merebak dan dikhuatiri para ibu bapa yang mengamalkan vaping mendedahkan anak anak mereka kepada pelbagai risiko, termasuk ibu-ibu mengandung yang mungkin menyangka vape lebih baik dari merokok.

Wanita ISMA menyeru pihak kerajaan mengambilkira keburukan dan kesan negatif kepada tingkah laku anak-anak dan remaja sekiranya mengharuskan penggunaan rokok dan vape, yang jauh lebih merugikan negara dari sudut ekonomi, kesihatan dan nilai syakhsiyyah masyarakat.

Wanita ISMA juga menyeru seluruh masyarakat berbilang agama dan bangsa menolak habit merokok dan vaping menjadi budaya baru dalam masyarakat Malaysia hari ini.

Dr Norsaleha Mohd Salleh
Ketua Wanita ISMA

One Comment on "KENYATAAN RASMI WANITA ISMA MENGENAI ISU ROKOK DAN VAPE"

  1. Yan December 8, 2015 at 2:11 am ·

    Assalamulaikum,
    Pada pendapat saya wanita perlu tahu mereka adalah wanita dimana tpt mereka berdasarkan al quran dan sunahnya. Wanita sekrg terlalu lantang bersuara dan berkata pd hal suara mereka kata2 mereka ada aurat..perlukah mereka berkata bertambah dgn emosi dan suara yg boleh di dengari dgn terlalu lantang. Jika wanita ni sibuk utk memperjuangkan nasib wanita lain sedangkan keluarga sendiri tidak terjaga…kenapa sibuk kan isu yg baru pd hal ramai anak2 muda yg mabuk (dh tentunya haram) tidak di bendung…yg berzina (terang2 haram) tidak dipantau…sebab takutkan kena band oleh kerajaan dll. Kalau betul2 nk perjuangkan buat berul2 yg asasnya arak,rokok, zina…baru yg bawah2 senang itk dikawal…
    Kenapa Brunei tidak mengharamkan vape tetapi mengharamkan arak???
    Kenapa malaysia x boleh???kalau kita boleh kawal semua benda asas automatik benda2 senang utk dikawal..
    Kenapa tidak tubuhkan persatuan wanita yg boleh jatuhlan saman pd wanita yg mendedahkan aurat…rasanya itu lebih baik….

Comments are now closed for this article.