Kenyataan Rasmi Wanita ISMA berhubung isu Da’i – Pendakwah Milenia

Written by on August 17, 2015 in Isu Semasa, Kenyataan Media, Pendapat - 2 Comments

Syabas dan tahniah kepada TV3 kerana berusaha untuk melahirkan daie milenia yg bakal menjadi qudwah kpd masyarakat. Walau bagaimanapun Wanita ISMA ingin menarik perhatian berkenaan episod terbaru rancangan Da’i – Pendakwah Milenia terbitan TV3 yg ditayangkan pada hari Ahad,16 Ogos 2015.

1. Di dalam kemelut masyarakat yang dibelenggu masalah sosial dan pergaulan bebas, masalah buang bayi, gejala konsert liar, rock dan k-pop, Wanita ISMA melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan episod Da’i – Pendakwah Milenia di mana berlakunya secara ketara pergaulan antara peserta lelaki dan wanita yang diharapkan menjadi pendakwah masyarakat.

2. Bagi seorang Muslim, terutamanya para pendakwah, qudwah seorang daie merupakan elemen utama dalam dakwah. Malah syarat amal itu diterima Allah dikaitkan dengan niat yang ikhlas dan tidak melanggar batas-batas syara’.

3. Aktiviti bercampur antara lelaki perempuan dalam keadaan yang agak gelap dan suram seperti yang dipaparkan oleh episode TV3 itu, TIDAK menepati syariat walaupun ditemani oleh ramai jurukamera dan pengurusan produksi rancangan membentuk daie tersebut. Apatah lagi aktiviti bersama seperti mengikat kaki daie lelaki dan daieah wanita adalah suatu yang bukan dari budaya Islam.

4. Objektif untuk melahirkan seorang daie, biarlah seiiring dengan aktiviti dan prosesnya, kaedah dan matlamatnya kerana ini berkait dengan reputasi dan imej daie yang mahu dilahirkan.

5. Kita tidak menafikan kepentingan ketahanan fizikal dan stamina dalam pembinaan daie tetapi elakkan dari menimbulkan kontroversi dan pandangan kurang selesa penonton di rumah.

6. Harus difahami, usaha membentuk seorang daie hendaklah seiring dengan usaha untuk mendapat kepercayaan masyarkat terhadap calon-calon daie tersebut.

7. Wanita ISMA sentiasa menyokong hiburan-hiburan dan program yang mendidik jiwa masyarakat. Semoga usaha yang baik ini tidak terhenti sekadar melalui Program Da’i – Pendakwah Milenia sahaja tetapi amat diharapkan dapat diperluaskan lagi pada rancangan-rancangan lain.

2 Comments on "Kenyataan Rasmi Wanita ISMA berhubung isu Da’i – Pendakwah Milenia"

  1. sdorttuiiplmnr December 12, 2015 at 2:13 am ·

    Thanks for your personal marvelous posting! I genuinely enjoyed reading it, you might be a great author.I will ensure that I bookmark your blog and will eventually come back at some point. I want to encourage continue your great writing, have a nice evening!

  2. russian mature January 2, 2016 at 12:03 am ·

    Im thankful for the article.Thanks Again. Will read on…

Comments are now closed for this article.