Nasihat kepada Sang Pengantin

Written by on June 26, 2014 in Pena Ketua Wanita - 6 Comments

Mungkin pembaca menjadi hairan kerana tajuk kali ini agak berbeza dari yang sebelum ini. Namun tajuk ini masih lagi dalam ruang lingkup isu-isu kekeluargaan sebagaimana yang diminta oleh ketua pengarang IMAN. Sengaja saya memilih tajuk ini memandangkan pada bulan ini adalah musim perkahwinan, sesuai dengan dua minggu cuti persekolahan.

Saya mulakan ruangan ini dengan ucapan tahniah kepada pasangan yang mendirikan rumahtangga pada bulan ini. Dengan termeterinya akad nikah rasmilah sudah, anda menjadi pasangan hidupnya. Dalam waktu yang sama fasa kehidupan anda juga telah berubah dan meningkat satu anak tangga.

Daripada seorang bujang yang bebas merdeka untuk keluar masuk rumah, lepak ke sana sini, menghabiskan wang mengikut kehendak dan nafsu anda sekarang terikat dalam sebuah buletin perkahwinan yang ada norma dan syarat yang perlu dipatuhi.

Perkahwinan adalah satu akad yang menyaksikan penyerahan wali seorang wanita kepada sang suami agar menerima anak perempuannya dengan kadar yang tertentu. Menjadi harapan kepada si ayah untuk melihat anak perempuannya hidup bahagia disamping lelaki yang dikahwininya.

Nasihat seumpama ini biasa diturunkan dari sang ibu kepada anak gadisnya agar memelihara kerukunan rumahtangga dan menjaganya daripada berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. Ramai yang bertanya kenapa wanita sahaja yang perlu prihatin dan mengambil berat tentang hubungan rumahtangga. Mengapa wanita sahaja yang perlu berkorban dan memastikan hubungan berlangsung dalam keadaan yang baik.

Saya tidak menafikan peranan lelaki dan suami dalam menjamin kerukunan rumahtangga. Namun begitu saya melihat wanita mempunyai nilai dan ciri-ciri yang cukup istimewa dalam kelangsungan rumahtangga. Sifat penyayang dan lemah lembut kaum wanita mampu menyelamatkan rumahtangga selain mengurusnya dengan penuh berhemah.

Sebab itu tulisan ini saya tujukan kepada sang isteri yang baru mendirikan rumahtangga. Moga nasihat ini menjadi obor semangat bagi terus memelihara kerukunan rumahtangga seterusnya mewujudkan suasana sakinah yang diimpikan. Daripada suasana aman damai dan penuh ketenangan inilah akan lahirnya mawaddah antara pasangan suami isteri dan melimpahnya sifat rahmat kasih mengasihani antara mereka berdua.

i- Seorang ibu pernah berpesan kepada anak gadisnya yang bermaksud; “Wahai anakku… jadilah dirimu hamba kepadanya, nescaya dia akan menjadi hamba kepadamu”. Pada peringkat awal saya agak kurang bersetuju dengan kenyataan ini. Adakah nilai hubungan antara suami isteri itu seumpama hamba. Kenapa ibu itu tidak menasihati anak gadisnya agar melayan suami umpama kekasih, kawan, ayah atau sebagainya. Kenapa perlu jadi hamba?

ii- Wah! Rupanya nasihat itu penuh bermakna. Jadilah kamu seorang isteri yang taat kepada suami. Ketaatanmu kepada suami akan dibalas dengan keakuran suami kepadamu. Cukuplah saya katakan bahawa nasihat ibu tadi sangat benarnya dalam hubungan suami isteri. Sekiranya anda mahu mempunyai suami yang menyerahkan hidupnya untuk rumahtangga dan keluarga, anda terlebih dahulu perlu menyerahkan seluruh jiwa ragamu untuk rumahtangga dan suami.

iii- Ibu tersebut berpesan lagi kepada anak gadisnya agar menjaga hidung, mata dan perut suaminya. Wahhh! Ini sudah lebih…Bagaimana mahu menjaga hidung, mata dan perut suami? Si ibu berpesan jangan sampai suami mencium sesuatu yang busuk dari dirimu. Ini bermaksud isteri hendaklah menjaga bau badannya daripada terlekat dengan hanyirnya ikan masin atau keringat yang berlebihan. Si isteri perlu sentiasa berwangi-wangian sewaktu berada di rumah. Pakaian memasak tidak sama dengan pakaian sewaktu di ruang tamu. Pakaian di ruang tamu tidak sama dengan pakaian dalam bilik tidur.

iv- Jagalah mata suamimu. Jangan sampai suamimu melihat sesuatu yang buruk tentangmu. Rambut tidak bersikat, bibir yang pucat, muka yang berminyak, pakaian yang kotor dan selekeh dan lain-lain adalah permandangan yang tidak menyenangkan suami. Bercantik-cantiklah di dalam rumah secantik-cantiknya. Berjalanlah dihadapan suamimu umpama peragawati, santunilah suamimu umpama peramugari dan berikan senyum lirikmu dengan penuh makna.

v- Jagalah perut suamimu. Jangan sampai suamimu berlapar kerana kesibukanmu kepada perkara lain atau kerana kealpaanmu bersama fb, whatsapp dan telegram. Simpan jauh-jauh alat tele-komunikasi apabila bersama suami. Ia adalah racun yang berbisa, boleh merosakkan hubungan suami isteri dan menyebabkan kamu lupa pada tanggungjawab asasimu. Perut yang kosong akan mengundang kejahatan dan syaitan. Jangan biarkan syaitan begitu mudah menguasai dunia rumahtanggamu dek kerana kelalaianmu sendiri. Masaklah makanan yang disukai suami, kerana air tangan isteri adalah pengikat kasih sayang dan penambat hati suami.

vi- Menerima suami seadanya dengan penuh reda dan syukur kepada Allah SWT. Bersyukurlah walaupun banyak kekurangan pada diri si suami. Paling kurang anda telah berumahtangga, berbanding rakan-rakan wanita lain yang belum mendapat rezki. Jangan engkau bebani suamimu dengan sesuatu yang diluar batas kemampuannya.

vii- Tunjukkanlah kegembiraanmu di kala suami bergembira. Lahirkan kesedihan dan simpatimu di kala suami sedang bermuram durja. Hiburkanlah hatinya dengan sikap manjamu dan keprihatinanmu. Janganlah kamu tunjukkan kegembiraan dan ketawa ketika suami dalam kesusahan atau kamu tunjukkan kesedihan ketika suami dalam kesenangan. Sikap ini akan merosakkan hubungan dan suasana yang boleh anda nikmati bersama.

viii- Jagalah rahsia hidupnya daripada diketahui oleh orang lain. Jangan kamu kongsi rahsia suamimu dan rahsia hubungan intimmu dengan teman rapat atau keluarga. Belajar menjadi seorang yang setia dan jujur dengan suami sama ada ketika bersamanya atau ketika ketiadaannya bersamamu.

ix- Tunjukkan sikapmu yang memuliakan suami dan menghormatinya sebagai suami. Jangan kamu tunjukkan kehebatanmu dihadapannya. Pantang seorang suami apabila isteri suka membebel lagak memberi tazkirah dan tunjuk ajar kepadanya. Sebaliknya gunakan hikmah dan kebijaksanaanmu sebagai isteri untuk menyedarkan suami kepada kesilapannya.

x- Jagalah hubungan dengan keluargamu dalam ruang lingkup yang sederhana dan munasabah. Jangan sampai suamimu merasakan kamu lebih mengutamakan keluargamu berbanding dirinya. Tunjukkan kasih saying kepada ibu mertuamu kerana itu kunci cinta suamimu.

Semoga nasihat ini menjadi pedoman kepada sang pengantin yang sedang melayari bahtera rumahtangga. Percayalah nasihat di atas tadi umpama peralatan dalam bahtera. Sekiranya semua peralatan itu berada dalam keadaan baik, insya Allah ribut taufan dan geloran samudera mampu diharungi dengan baik.

Oleh,

 
 

 

 

Ustazah Norsaleha Mohd Salleh
Ketua Wanita,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Sumber: Majalah Iman No; 29

6 Comments on "Nasihat kepada Sang Pengantin"

  1. eebest8 seo January 2, 2016 at 5:36 am ·

    This is really interesting, You are a very skilled blogger. I have joined your rss feed and look forward to seeking more of your great post. Also, I’ve shared your website in my social networks!

  2. Dubai Reviews January 3, 2016 at 3:33 am ·

    Really informative blog. Keep writing.

  3. Travel January 5, 2016 at 11:07 pm ·

    You could definitely see your skills within the paintings you write. The arena hopes for more passionate writers like you who are not afraid to say how they believe. At all times follow your heart.

  4. Direct Investments January 6, 2016 at 4:50 pm ·

    Major thankies for the blog article.Thanks Again. Really Great.

  5. Bandar Q January 9, 2016 at 8:37 am ·

    Thank you for your blog post. Really Great.

  6. Dewa Gaple January 9, 2016 at 9:18 am ·

    Only wanna state that this is handy , Thanks for taking your time to write this.

Comments are now closed for this article.