Gerak kerja terancang kunci kejayaan NAZIM

Written by on January 28, 2013 in Aktiviti, Kawasan, NAZIM, Program & Projek Anjuran - Comments Off on Gerak kerja terancang kunci kejayaan NAZIM

Daerah Hulu Langat, 23 Jan-Perancangan, kemahiran dan perlaksanaan aktiviti yang tersusun akan memantapkan usaha dan amal Kelab Anak Hebat Malaysia (NAZIM) di seluruh negara, kata Puan Zaharah Johari, Pengerusi Team NAZIM Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

“Gerak kerja penggerak kelab NAZIM adalah untuk membentuk pimpinan di masa hadapan yang bakal menjadi ahli syurga. Oleh itu, gerak kerja kita hendaklah tersusun, jelas dan terperinci,” katanya.

Puan Zaharah Johari berkata demikian dalam Sanggar Kerja NAZIM Nasional kali kedua yang telah diadakan di Pejabat ISMA Daerah Hulu Langat pada 19 hingga 20 Januari lepas dan disertai oleh 40 penggerak NAZIM dari 20 cawangan ISMA seluruh negara.

Puan Zaharah menjelaskan dan mengingatkan peserta yang hadir supaya bersungguh-sungguh merealisasikan visi dan misi Kelab NAZIM dalam melahirkan generasi pelapis untuk mendukung dakwah Islam.

“Kita perlu jelas dan ingat bahawa visi dan misi Kelab NAZIM juga adalah untuk membina syakhsiah anak-anak yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,” tambahnya lagi.

Menurut Puan Zaharah, Kelab NAZIM telah menyediakan silibus pengajaran secara jelas dan terperinci di mana ia meliputi Al Quran, Al-Hadis, mengenal Pencipta dan lain lain yang telah dibukukan dalam bentuk menarik dan bermutu.

Program selama dua hari ini dipenuhi dengan aktiviti seperti latihan praktikal cara menjalankan aktiviti `Smart Aulad Circle` (SAC), perbincangan sesama peserta untuk memperbaiki pelaksanaan kelab NAZIM di cawangan, sesi perkongsian pengalaman dan pembentangan perancangan aktiviti musim cuti sekolah oleh Puan Nurulhuda Bahrin.

Menurut salah seorang peserta yang hadir, penganjuran sanggar kerja NAZIM ini telah memberi motivasi kepada dirinya untuk terus berusaha dan beramal dalam kelab NAZIM.

Comments are closed.