Didik anak dalam lingkungan biah soleh – Ustaz Ahmad

Written by on June 5, 2012 in Aktiviti, Kawasan, NAZIM, Program & Projek Anjuran - Comments Off on Didik anak dalam lingkungan biah soleh – Ustaz Ahmad

MELAKA, 14 Mei – “Pendidikan anak-anak merupakan aspek yang kritikal dalam pembinaan keluarga di mana biah yang soleh merupakan antara faktor penting yang menjayakannya.

“Justeru itu, ISMA menyediakan platform kepada kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun melalui Kelab Anak anak Hebat (NAZIM) dan Kelab Remaja ISMA (KRIM) yang mensasarkan golongan remaja berusia 13 hingga 17 tahun bagi kesinambungan program mereka.”

Ustaz Ahmad bin Zainal Abidin yang merupakan Yang Di-Pertua ISMA Melaka berkata demikian dalam ucapan perasmian Hari Keluarga ISMA Melaka bersama Rangkaian Tadika Little Caliph di Dataran Pantai Puteri di sini baru-baru ini.

Tambahnya lagi, ibu bapa perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak di mana sedikit sebanyak mereka akan mengikut perilaku dan budi pekerti kedua ibu bapanya.

Oleh itu menurut beliau, ibu bapa perlu memastikan kebiasaan yang baik diamalkan di rumah sejak kecil lagi selain faktor luar yang yang akan mendidik mereka di kemudian hari.

“Selain itu, disiplin dan konsistensi amat penting bagi mengekalkan suasana soleh yang sudah wujud di rangkaian Tadika Little Caliph untuk terus kekal terpelihara setelah keluar dari tadika tersebut. Di sinilah NAZIM dan KRIM berperanan sebagai platform bagi kesinambungan tarbiyyah tersebut,” ujar Ustaz Ahmad mengakhiri ucapan perasmian tersebut.

Sumber: ISMA Melaka

Comments are closed.