Minda cerdas, badan sihat, ALHAMDULILLAH!!

Written by on June 3, 2012 in Aktiviti, Kawasan, NAZIM, Program & Projek Anjuran - Comments Off on Minda cerdas, badan sihat, ALHAMDULILLAH!!

BATU KAWA, 26 Mei 2012 – “Program ini diharapkan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan saya juga berharap agar anak-anak yang datang ke program ini dapat menambahkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka”, ujar Ustazah Nor Azniza Ismail, Pengarah Sukan NAZIM.

Beliau berkata sedemikian ketika berlangsungnya program sukan NAZIM anjuran Biro Wanita ISMA Sarawak yang bertempat di Masjid Darul Muttaqin, Batu Kawa.

Bertemakan “Minda cerdas,badan sihat,alhamdulillah”, program ini telah menarik anak-anak yang terdiri daripada pelajar Tahun 2, 3, 4 dan 5.

Program ini juga turut diserikan dengan kehadiran YDP ISMA Sarawak, Dr Mohd Khairol Jambli, Ketua Wanita ISMA Sarawak, Ustazah Hasmida Hassan dan guru Penolong kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, En Jeffery Norjili.

NAZIM adalah singkatan kepada Nadi Azim ataupun Kelab Anak-anak Islam Hebat merupakan salah satu agensi di bawah Biro Wanita ISMA yang dianggotai oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Sumber: ISMA Sarawak

Comments are closed.