Anak-anak NAZIM tidak lupa sukan tradisional

BANDAR DARULAMAN, 20 Januari – Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) ISMA Alor Setar telah beraktiviti lagi. Kali ini dengan bermain sukan tradisional.

Program yang dihadiri 15 orang kanak-kanak ini dimulakan dengan warming-up, bacaan doa pagi dan permainan galah panjang serta tuju kasut. Kanak-kanak lelaki dibahagikan kepada 2 kumpulan yang mereka namakan Harimau Muda dan Hero Malaysia. mereka sangat teruja dan seronok dengan permainan walaupun tiada hadiah ditawarkan kepada pemenang. Permainan berakhir dengan kedua-dua pasukan seri dengan 4-4.

Sebelum pulang, anak-anak berpeluang menaiki kereta ‘buggy’ untuk meronda sekeliling tasik. Mereka kelihatan sangat seronok dengan aktiviti tersebut kerana dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Program bersurai pada pukul 11.30 pagi.

Wartawan
Media ISMA Kedah
Sumber: ISMA Kedah

Leave a Comment