Cemerlang melalui penghayatan Al-Quran dan Al-Hadis

Written by on February 21, 2012 in Aktiviti, Kawasan, NAZIM, Program & Projek Anjuran - 1 Comment

Bandar Springhill, 12 Feb-Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), cawangan Port Dickson (PD) telah berusaha untuk melahirkan generasi pelapis cemerlang yang celik Al-Quran dan Al-Hadis melalui hafalan dan penghayatan maksudnya dalam program ‘Smart Circle Aulad’.

Seramai 17 anak-anak telah diarahkan menghafaz Surah An-Naas dan mentafsirkan surah ini dengan bantuan pengurus masing-masing sebagai initipati utama program yang berlangsung selama hampir tiga jam.

Pengurus program ini turut menasihati anak-anak untuk membaca surah An-Naas semasa hendak tidur dan ketika solat lima waktu.

Selain itu, para peserta juga diajar dan menghafaz sebuah hadis Rasulullah saw iaitu ‘Jagalah lidah kamu’ melalui permainan mencari cantuman hadis mengikut warna tertentu.

“Akhlak yang mulia apabila seseorang itu menjaga lidahnya dengan tidak mengutuk dan menyakiti hati orang lain,” kata pengurus program.

Program yang bermula seawal 8.30 pagi di Surau Al-Hijrah, Bandar Springhill, Lukut ini dimulai dengan bacaan doa penerang hati yang bersemangat oleh para peserta dan turut diisi dengan penceritaan kisah kelahiran Rasulullah sempena sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini.

Menurut Ustazah Munirah selaku ketua NAZIM PD, para peserta yang berwajah ceria ini memberi reaksi yang sangat baik apabila menyambung cerita yang dikisahkan dan bersama-sama mengalunkan selawat dengan iringan video.

Suasana program yang begitu ceria dengan telatah comel para peserta berakhir dengan jamuan ringan yang disediakan oleh AJK Surau Al-Hijrah dan sesi bersalaman kira-kira jam 10.45 pagi.

One Comment on "Cemerlang melalui penghayatan Al-Quran dan Al-Hadis"

  1. reality kings January 1, 2016 at 11:19 pm ·

    Wow, great blog post.Much thanks again. Really Cool.

Comments are now closed for this article.