NAZIM Gombak sertai sambutan Maulidur Rasul

Written by on February 15, 2012 in Aktiviti, Kawasan, NAZIM, Petikan berita, Program & Projek Anjuran - Comments Off on NAZIM Gombak sertai sambutan Maulidur Rasul

GOMBAK, 12 Februari – Kelab Anak-anak Hebat ISMA (NAZIM) di bawah pengurusan Biro Wanita dan Keluarga ISMA telah turut serta  dalam sambutan Maulidur Rasul anjuran penduduk Kuarters Institut Perguruan Batu 8 Sungai Pusu, Gombak yang berlangsung semalam.

Majlis dimulakan dengan upacara perarakan Maulidur Rasul yang diadakan pada awal pagi dan  diteruskan lagi dengan pertandingan nasyid, melukis dan mewarna yang disertai oleh anak-anak penduduk di sini.

Kumpulan Nasyid Nazim blok B yang dilatih oleh Pengerusi Nazim Gombak iaitu Puan Noraniza Rahim telah muncul sebagai juara.

NAZIM atau Nadi al-’Azim adalah singkatan kepada Kelab Anak-anak Hebat Ikatan Muslimin Malaysia  yang mempunyai matlamat untuk melahirkan generasi pelapis yang mendokong dakwah islam di Malaysia serta anak-anak yang seimbang dari segi rohani,emosi, jasmani dan intelektual.

Kelab Nazim Gombak turut berusaha membina kreativiti kanak-kanak dengan mencungkil bakat mereka melalui latihan nasyid, pidato, bercerita, hafazan dan sebagainya.

Disediakan oleh:
Syarifah Maimunah Syed Zaid
Wartawan Media ISMA Gombak
Sumber: ISMA Gombak

Comments are closed.