Pemakanan untuk kesihatan keluarga

DEFINISI
Pemakanan: Kaitan antara manusia dan makanan serta implikasinya terhadap aspek psikologi, biokimia, fisiologi dan social

Makanan: Meliputi semua bahan pepejal atau cecair yang masuk ke dalam salur pencernaan dan digunakan untuk menjaga dan membina tisu tubuh, mengawalatur proses-proses tubuh dan membekalkan tenaga untuk manusia terus hidup

FUNGSI MAKANAN DAN TABIAT PEMAKANAN

1. Kandungan Menu
a. Bayi & Kanak
b. Ibu hamil
c. Ibu laktasi
d. Orang-orang tua
e. Dll

2. Pembangunan Sosio & Ekonomi
a. Miskin
b. Kaya
c. Sederhana

3. Pembangunan Intelek
a. Bahasa
b. Penulisan

4. Pembangunan Fizikal
a. Cergas
b. Ketahanan badan
c. Gemuk/kurus

5. Pembangunan social
a. Adab
b. Spritual

KEPENTINGAN MAKANAN

1. Pertumbuhan dan Pembesaran
2. Sumber tenaga dalam menjalankan aktiviti
3. Pembinaan & pembaharuan sel-sel struktur tubuh dan pemulihan tubuh badan
4. Pembangunan intelek, spiritual, emosi dll

MAKANAN SEIMBANG

Makanan seimbang merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam mineral, air dan serabut/gentian yang mencukupi untuk memenuhi keperluan badan.

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG

Menyediakan makanan yang seimbang adalah penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar.
• Dapat memberi tenaga yang diperlukan oleh setiap kanak-kanak dalam aktiviti belajar sambil bermain
• Dapat membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta sembuh daripada luka ataupun penyakit
• Ia penting bagi pembinaan badan dan juga pembesaran yang baik
• Otak dapat berkembang dengan sihat dan cerdas

KESAN MAKANAN TIDAK SEIMBANG

KEPERLUAN ANAK-ANAK ANDA

PANDUAN PEMILIHAN BAHAN MENTAH UNTUK MAKANAN

PANDUAN DARIPADA PIRAMID MAKANAN

  • Makan pelbagai makanan
  • Makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran dan 3-6 hidangan roti berserat tinggi, bijirin dan kacang setiap hari
  • Kurangkan makanan yang diproses
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kulit sekali tetapi pastikan makanan yang dibasuh dengan bersih
  • Dapatkan serat dari makanan dan tidak dari bentuk pil
  • Banyak minum air kosong iaitu lebih kurang enam hingga lapan gelas sehari

APA YANG PERLU ANDA ANAK-ANAK ANDA KETAHUI TENTANG MAKANAN

  •   Memilih makanan yang halal dan baik
  •   Berniat kenapa kita makan
  •  Membasuh tangan sebelum makan
  •  Membaca doa sebelum dan selepas makan
  • Ambil makanan yang paling hampir terlebih dahulu
  • Makan secara sederhana tidak gelojoh
  • Kunyah makanan sehingga lumat
  • Makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
  • Tidak banyak minum ketika makan
  • Perut sebaiknya 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.
  •  Tidak makan sambil menonton televisyen
  • Makanan perlu seimbang.
  • Makanan perlu pelbagai.
  • Membuat pilihan makanan yang menyihatkan.
  • Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Kurangkan pengambilan minyak tepu dan kolesterol
  • Minum banyak air (6-8 gelas sehari)
  • Kurangkan / elakkan mengambil makanan yang terproses/segera dan ringan.
  • Tidak bergantung sepenuhnya kepada pengambilan makanan tambahan
  • Buat pemilihan makanan yang sihat
  • Rancangan hidangan makanan
  • Sediakan hidangan secara sihat
  • Jadikan riadah salah satu aktiviti mingguan kita
  • Jadikan berpuasa sebagai amalan

MEWUJUDKAN SUASANA MENYERONOKKAN KETIKA MAKAN

  • Elakkan memarahi kanak-kanak semasa makan
  • Jangan ugut kanak-kanak untuk makan
  • Galakkan kanak-kanak makan sendiri
  • Memperkenalkan sesuatu jenis makanan baru secara langsung dan tidak langsung
  • Makanlah bersama-sama
  • Elakkan melakukan aktiviti lain semasa makan (menonton televisyen)
  • Elakkan menghidangkan makanan yang terlalu banyak
  • Sediakan makanan ringan yang kurang lemak dan berkhasiat (buah-buahan, sayur-sayuran dan dadih)

 MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN

  • Makanan ringan disebabkan pewarna tiruan, perasa atau gula yang berlebihan yang boleh merosakkan kesihatan
  • Makanan yang masin – garam yang berlebihan akan menyebabkan penyakit lain apabila dewasa
  • Makanan yang manis
  • Makanan dalam tin
  • Buah-buahan jeruk
  • Makanan yang berminyak dan berlemak

Firman Allah SWT yang bermaksud:

 Wahai orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.

Al-Baqarah: 172

Disediakan Oleh:


Pn. Shazamawati Zam Hashari
Jawatankuasa ISMA Hulu Langat

Leave a Comment